Sunday, December 14, 2008

1.12.08



subhanallah...
rupanya itu 1 fenomena...
ku lihat bintang seperti mata
aku lihat bulan sabit seperti senyuman...

akhirnya... ku lihat langit seperti senyum pada aku...
tuhan tahu mahu manusia yg sedang bersedey selalu melihat langit...
dan seakan-akan memberitahu....
"orang2 yang sedey.. kamu x keseorangan.. kami di sini menemanimu"
keindahan di bulan baru..
bulan yang tersenyum, membuat aku kagum dengan keindahannya..
siapa yang melihatnya mampu tersenyum kembali..
tuhan, inikah caramu menunjukkan keagunganmu?
aku bersyukur, kerana terpilih melihat keagungan itu...

Monday, December 8, 2008

Sunday, November 30, 2008

25 tahun

30 Nov

Hari ini hari ulang tahun saya ke 25.

Thursday, November 20, 2008

Pilih Sahabat

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Monday, November 10, 2008

Tahniah

Tahniah Adik yah yang telah berjaya menjawab dgn baik dalam exam akhir lepas. semoga terus berjaya

ekonomi

Semenjak dua menjak ini di mana-mana sahaja orang ramai berbicara tentang hal ehwal ekonomi. Baguslah sekali sekala minda kita terarah ke bidang ekonomi setelah sibuk memerah otak memikirkan hal ehwal politik yang serba mungkin. Kejatuhan sektor kewangan dunia amat parah sekarang ini terutama di Amerika dan beberapa buah kuasa besar seperti Britain. Ramai menganggap krisis kewangan ini didasari oleh kegagalan sistem kapitalisme yang disanjung barat. Pasaran bebas, kuasa pemodal, kebebasan individu, deregulalisasi, liberalisme adalah antara cogankata yang menjadi azimat para pemuka kapitalisme. Ini diulas oleh majalah the Economist minggu ini yang menyalahkan kapitalisme sebagai penyebab krisis kewangan terutama di artikel utamanya “Capitalism at Bay”.

Persoalannya adakah kita perlu kembali kepada prinsip-prinsip ekonomi sosialisme yakni regulasi, peranan kerajaan dalam mengawal dasar-dasar fiskal, dan kesamarataan pembahagian kekayaan negara kepada rakyat. Ini semua adalah persoalan-persoalan yang perlu dibedah oleh rakyat Malaysia terutama generasi muda. Generasi muda perlu faham asas ekonomi ini jika mahu lebih tahu mengapa krisis ini terjadi. Saya ingin melihat wacana ini segar di kalangan generasi muda. Bagaimanakah nanti prinsip sosialisme dan kapitalisme ini selaras dengan tuntutan Islam yang sentiasa menekankan perihal adil dan ihsan. Bagaimana pula dengan tuntutan mewujudkan ekonomi yang manusiawi yang bersifat menyeluruh,mengutamakan keseimbangan, dibimbing oleh prinsip akhlak dan semangat ihsan dalam menangani permasalahan manusia yang rencam sifatnya.

Generasi muda harus kehadapan dalam membedah topik-topik ini diharap suatu wacana segar ekonomi dapat digerakkan khusus oleh generasi muda untuk generasi muda supaya mereka cenderung berbahas isu-isu ekonomi pula.

ekonomi

Semenjak dua menjak ini di mana-mana sahaja orang ramai berbicara tentang hal ehwal ekonomi. Baguslah sekali sekala minda kita terarah ke bidang ekonomi setelah sibuk memerah otak memikirkan hal ehwal politik yang serba mungkin. Kejatuhan sektor kewangan dunia amat parah sekarang ini terutama di Amerika dan beberapa buah kuasa besar seperti Britain. Ramai menganggap krisis kewangan ini didasari oleh kegagalan sistem kapitalisme yang disanjung barat. Pasaran bebas, kuasa pemodal, kebebasan individu, deregulalisasi, liberalisme adalah antara cogankata yang menjadi azimat para pemuka kapitalisme. Ini diulas oleh majalah the Economist minggu ini yang menyalahkan kapitalisme sebagai penyebab krisis kewangan terutama di artikel utamanya “Capitalism at Bay”.

Persoalannya adakah kita perlu kembali kepada prinsip-prinsip ekonomi sosialisme yakni regulasi, peranan kerajaan dalam mengawal dasar-dasar fiskal, dan kesamarataan pembahagian kekayaan negara kepada rakyat. Ini semua adalah persoalan-persoalan yang perlu dibedah oleh rakyat Malaysia terutama generasi muda. Generasi muda perlu faham asas ekonomi ini jika mahu lebih tahu mengapa krisis ini terjadi. Saya ingin melihat wacana ini segar di kalangan generasi muda. Bagaimanakah nanti prinsip sosialisme dan kapitalisme ini selaras dengan tuntutan Islam yang sentiasa menekankan perihal adil dan ihsan. Bagaimana pula dengan tuntutan mewujudkan ekonomi yang manusiawi yang bersifat menyeluruh,mengutamakan keseimbangan, dibimbing oleh prinsip akhlak dan semangat ihsan dalam menangani permasalahan manusia yang rencam sifatnya.

Generasi muda harus kehadapan dalam membedah topik-topik ini diharap suatu wacana segar ekonomi dapat digerakkan khusus oleh generasi muda untuk generasi muda supaya mereka cenderung berbahas isu-isu ekonomi pula.

Sunday, September 21, 2008

good luck

Semoga "adik yah" berjaya menjawab ujian pada 24 hb ni dengan baik.. amin

Saturday, September 20, 2008

Obama satu Harapan Berani


Sekarang kita sudah mengetahui selepas pertarungan marathon beliau dengan Hillary Clinton bagi merebut kerusi pencalonan Presiden Amerika bagi parti Demokrat, akhirnya Obama berjaya walaupun perjalanan beliau penuh getir. Buku beliau ditulis semasa beliau bertugas sebagai Sen. Illinois. Jika diamati buku ini mungkin memberi inspirasi kepada politikus-politikus Malaysia yang “percaya” dengan politik baru dan harapan baru. Mungkin saya boleh berkongsi dengan pembaca antara catatan penting beliau dalam bab-bab penting dalam buku ini:

a) Values:-”Indeed, the value of individual freedom is so deeply ingrained in us that we tend to take it for granted. It is easy to forget that at the time of our nation’s founding this idea was entirely radical in its implications, as radical as Martin Luther’s posting on the church door”

b) Our Constitution:- “Learn the rules…not just the rules, but the precedent as well…not many people bother to learn them these days. Everything is so rushed and by learning the rules it unlock the big kingdom”.

c) Politics:- “Today’s politician understand this. He may not lie, but he understands that there is no great reward in store for those who speak the truth, particularly when the truth may be complicated. The truth may cause consternation; the truth will be attacked; the media wont have teh patience to sort out all the facts and so the public may not know the difference between truth and falsehood.”

Kata-kata di atas adalah antara catatan penting oleh Sen. Obama di dalam buku ini. JIka dilihat kepada pemikiran beliau saya yakin beliau mampu mencipta sejarah sebagai Presiden Kulit Hitam pertama Amerika. Selamat Membaca!

Dikirim dalam Buku

Friday, September 19, 2008

Najib dan Ibunya

ibu saya telah banyak berkorban demi memastikan anak nya berjaya. Beliau sanggup berkorban demi kita dan seharusnya kita sebagai anak perlu menghargai pengorbanan ibu kita.

minyak....

1 barrel(tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.45
harga minyak semasa = USD97.3 setong (18 Sept 2008)


Dulu USD145 x 3.3 (Rate semasa) / 159 liter = RM3 – RM0.30 (Subsidi) = RM2.70
Skrg USD98 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2.13 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.82

Kerajaan jual => RM2.55
Harga tanpa subsidi => RM2.13
Kita tanggung kerajaan = RM0.42 per liter.

Wednesday, September 17, 2008

Semoga Berjaya

Pada hari ini sahabat saya sedang menduduki ujian.
semoga beliau berjaya walaupun beliau menyatakan
kepada saya beliau tidak sempat menekuni keseluruhan
topik untuk ujian tersebut.
Semoga berjaya:)

Pertahankan Perlembagaan maknanya pertahanankan melayu

Saya agak gelihati melihat gelagat beberapa orang tokoh melayu yang berdegang-degang menyuarakan ketuanan Melayu. Selepas rakyat bersuara melalui peti undi tempoh hari tanpa mengira kaum dan agama, beberapa kelompok yang kononnya cintakan ketuanan Melayu mengadakan rapat dan pertemuan itu dan ini bagi membincangkan masalah Melayu. Bagi mereka melayu sudah terpinggir kerana gasirnya kerusi Barisan Nasional di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri. Bagi mereka ketuanan Melayu diukur melalui berapa banyak kerusi yang pemimpin Melayu pegang di Parlimen mahupun DUN.

Sebenarnya, paradigma itu silap dan terpesong. Ketuanan Melayu bermaksud kembali mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan perlu direkayasa dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Merekayasa Perlembagaan bermakna mendaulat Islam sebagai agama persekutuan, mempertahankan hak-hak istimewa “bumiputera”, kebebasan suruhanjaya SPR dan Kehakiman dan menghormati hak asasi manusia dan institusi diraja.

Pakatan Rakyat di dalam manifesto mereka mewar-war perlunya rakyat mendaulatkan balik Perlembagaan. Setelah 50 tahun beberapa pencabulan Perlembagaan telah pun dilihat secara jelas antara lain:

a) Krisis kehakiman 1988 di mana Ketua Hakim Negara telah dipecat kerana tiadanya persefahaman dengan Eksekutif;

b) Krisis keyakinan rakyat terhadap kebebasan SPR bagi memandu pilihanraya negara ini dengan masih wujudnya beberapa perkara yang menimbulkan perbahasan seperti keperluan undi pos;

c) tiada lagi bantuan pelajaran biasiswa kepada Bumiputera ke pelajaran tinggi, kini semua hanyalah pinjaman seperti PTPTN di mana pelajar telah diajar berhutang sebaik sahaja mereka selesai pengajian;

d) Tanah rizab melayu sudah terhakis memandangkan kerajaan negeri terdahulu sudah mula menukar tanah-tanah rizab kepada tauke-tauke bagi pembangunan yang sedikit nikmatnya pada orang melayu;

e) terhakisnya kedaulatan agama Islam, ingat lagi kes the Zouq di mana pegawai agama di persalahkan kerana mengadakan pemeriksaan keatas pusat hiburan dan mendakwa umat Islam yang mabuk yang diperuntukkan dibawah Enakmen Undang-undang Islam; dan

f) Bagaimana konflik di antara pemerintah dengan Istana di dalam kes perlantikan MB di Perlis dan Terengganu melambangkan terhakisnya hormat terhadap institusi diraja.

Nota-nota di atas ialah sekian banyak pencabulan Perlembagaan yang dilakukan dan lantaran itu ketuanan Melayu semakin disanggah. Disarankan kumpulan-kumpulan cinta Melayu ini memikirkan perkara pokok yang lebih penting daripada mengadakan rapat-rapat dan perkompolan yang mendedangkan slogan semangat-semangatan yang tiada langsung faedahnya pada orang Melayu!.

kembali...

Setelah sekian lama saya tidak menulis blog disebabkan kesibukan bekerja.
Hingga saya telah lupa apa username dan password saya yang dulu..

Bajet 2009

Saya telah menonton tv semasa budget 2008 di umukan oleh Yang Amat berhomat Pak lah.
Beberapa Kesimpulan dapat di buat :

a) Bajet yang menumpukan kepada kumpulan sasaran iaitu rakyat miskin tegar dan kumpulan pertengahan yakni mereka yang berpendapatan RM35,000 setahun ke bawah.

b) Tidak dinamik kepada masyarakat pedagang dan korporat kerana cukai korporat masih tinggi iaitu 25% antara yang tertinggi di asia tenggara.

c) Insentif yang kurang dalam menarik pelaburan asing (FDI) yang menyebabkan banyak pelaburan terbantut, walaubagaimanapun kewangan islam masih mendapat tempat istimewa dalam bajet kali ini.

d) Akhirnya para pekerja swasta yang selama ini dikesampingkan dari bajet mendapat manfaat tersirat melalui elaun perjalanan dari rumah ke tempat kerja bergantung kepada usaha proaktif majikan masing-masing.

e) Agak mengecewakan permintaan kepada gaji minimum masih tidak dapat dipenuhi RM900-RM1200.

f) Ya agak mengembirakan OKU diberi perhatian serius oleh Kerajaan Barisan Nasional.

g) Sektor pengangkutan awam mendapat peratusan kek bajet yang besar dalam jangka masa panjang , memang sudah tiba masanya pengangkutan awam mendapat perhatian sewajarnya. Persoalannya kemanakah bajet yang disimpan selepas subsidi dikurangkan tempoh hari?

h) Penggunaan kereta diesel mendapat cukai jalan yang sama dengan pengguna kereta berpetrol, secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan kepada petrol, tetapi kerajaan perlu mengurangkan cukai jalan secara keseluruhannya.

i) Dalam prinsip “hadhari” alam sekitar adalah antara elemen penting, walaubagaiamanpun saya tidak mendengar suatu inisiatif pun dalam hal ini.